Thanks!!

You all have visited a cool & simple blog ... and the fun walls

Friday, February 14, 2014

Coffee??

Kopi . . . Coffee!!!





Kopi memang terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari pelbagai bangsa di seluruh dunia. Minat mendalam masyarakat pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut cita rasa masing-masing.


Kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin. Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit. Begitu juga keadaan mata bengkak atau kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak. Paling menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.

Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.

Tanpa perlu membelanjakan wang membeli krim yang mengandungi kafein di pasaran, sesiapa saja mampu mendapatkan faedah kafein dengan menggosok sendiri serbuk kafein ke tubuh yang turut bertindak sebagai lulur. Lulur kopi bukan saja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, menjadikannya lebih sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit.

Dua sifat kafein yang menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah ia bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.

Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing. Namun begitu, penampilan langsing itu tidak kekal lama sebaliknya aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan berpanjangan.

Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal.

Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.

Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu.

Cara penggunaan kopi sebagai rawatan kulit adalah dengan memasak kopi dalam teko dan sapukan pada kulit dalam tempoh 20 minit selepas itu. 
Masukkan kira-kira tiga sudu besar serbuk kopi dalam mangkuk sebelum dicampur dengan sedikit garam, minyak badam dan minyak zaitun. Basahkan badan dengan air suam terlebih dulu untuk membuka liang roma dan kemudian sapukan di seluruh tubuh dengan cara menggosok secara bulatan kerana selain membuang sel kulit mati, ia dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.

Air kopi yang sudah dimasak juga boleh dicelup menggunakan bola kapas dan diletakkan pada bahagian mata setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran mata.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah mengisar biji kopi dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian gosok di seluruh tubuh, biarkan beberapa minit untuk mendapat kesan melembapkan kulit.

Kopi boleh dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan pupur wajah seperti serbuk koko, susu penuh krim, putih telur dan minyak zaitun.

Penggunaan kopi sebagai bahan penjagaan kulit bukan asing malah turut diamalkan oleh wanita di Russia, Indonesia, Hawaii dan Amerika Selatan sejak beberapa zaman. Malah bagi masyarakat Melayu sendiri terutama orang lama, selain sebagai bahan kecantikan kopi juga sering digunakan untuk merawat luka dan menghentikan darah apabila serbuk kopi ditabur pada bahagian yang tercedera.

BrainPort



       
BRAINPORT BANTU SI BUTA LIHAT GUNA LIDAH


st_01_1
Alat bantuan sokongan bagi si buta BrainPort
SEMUA orang kagum dengan kebolehan Roger Behm, seorang bapa kepada empat orang anak. Beliau dapat memotong kayu dengan menggunakan gergaji tanpa cedera serta dapat berjalan di setiap sudut rumahnya dengan sempurna tanpa bantuan sesiapa pun.
Erik Weihenmayer pula dapat membaca perkataan, nombor, meneka gambar yang dilukis oleh anaknya dengan betul, dapat melakukan aktiviti lasak iaitu wall climbing serta dapat mencari isterinya yang bersembunyi di dalam hutan.
Melakukan aktiviti-aktiviti tersebut merupakan perkara biasa bagi manusia normal seperti kita tetapi bagi mereka yang tidak dapat melihat atau buta seperti Roger Behm dan Erik Weihenmayer, ia adalah satu pencapaian yang luar biasa.
Roger dan Erik merupakan seorang yang buta sejak dilahirkan tetapi dengan bantuan alat teknologi yang dikenali sebagai BrainPort, Beham dan Weihenmayer dapat melakukan aktiviti seperti manusia normal.
Selain mereka berdua, terdapat ramai lagi manusia yang tidak dapat melihat dan menaruh harapan dapat melihat keindahan alam ini walaupun dengan tidak sempurna penglihatan manusia normal.
Menyedari hakikat itu, Syarikat Wicab Inc (http://wicab.co.uk/about/), neurosainstis di Middleton telah memperkenalkan satu teknologi dapat merubah kehidupan si buta yang dinamakan BrainPort.
Ia adalah satu alat bantuan sokongan yang masih di dalam tempoh percubaan yang membolehkan si buta 'melihat' keadaan disekelilingnya menggunakan lidah.
Sebelum ini, sudah terdapat beberapa alat bantuan sokongan lain yang menggunakan tulang belakang dan tapak tangan sebagai medium untuk menghantar isyarat ke otak.
Bagi BrainPort, penggunaan lidah adalah lebih efektif kerana lidah mengandungi beribu-ribu neuron yang begitu peka berbanding bahagian badan yang lain.
Bagi penglihatan manusia normal, mata digunakan untuk menerima dan menghantar isyarat visual kepada bahagian otak yang dikenali sebagai visual cortex.
Terdapat kira-kira dua juta saraf optik diperlukan untuk menghantar isyarat visual daripada retina mata iaitu bahagian di dalam mata yang akan mengkodkan maklumat cahaya kepada isyarat denyutan elektrikal.
Isyarat tersebut seterusnya akan diproses dan otak akan menterjemahkan isyarat tersebut dengan membentuk imej.
Hasilnya, kita dapat melihat seperti apa yang ada di depan mata kita sekarang. Bagi si buta, proses ini tidak berlaku disebabkan kegagalan retina mata untuk menghantar dan menterjemahkan isyarat visual tersebut.
Disebabkan mata tidak berfungsi, BrainPort menggunakan pintu masuk yang lain menggantikan mata sebagai medium input bagi isyarat visual memasuki otak iaitu melalui lidah. Kamera digital kecil berdiameter 1.5 sentimeter (sm) yang terpasang pada tengah kaca mata digunakan sebagai alat input.
Melalui kamera, isyarat visual akan dihantar kepada alat pemproses yang dikenali sebagai accelerometer yang dipegang oleh pengguna dan saiznya hanya sebesar telefon bimbit.
Alat ini bertindak sebagai unit pemprosesan pusat (CPU) yang menukarkan isyarat digital kepada isyarat denyutan elektrikal yang menggantikan fungsi retina mata.
Melalui CPU, isyarat kemudiannya dihantar ke lidah melalui electrode array yang dikulum di atas lidah. Ia berbentuk seperti lolipop dan hanya bersaiz sebesar setem.
Electrode array mengandungi elektrod dimana setiap elektrod akan membawa isyarat elektrikal yang berbeza yang bergantung kepada jumlah cahaya gambar yang dirakamkan oleh kamera iaitu piksel putih membawa isyarat elektrikal yang kuat, piksel kelabu membawa isyarat yang lemah dan piksel hitam tidak membawa apa-apa isyarat.
Electrode array akan merangsang saraf-saraf lidah yang sensitif dan seterusnya menbawa isyarat elektrikal ini terus ke otak untuk diterjemahkan.
Selain itu, electrode array mempunyai beberapa fungsi lain seperti zoom, kawalan cahaya, dan shock intensity levels.
Mengikut pengguna BrainProt, lidah mereka terasa seperti Pop Rocks or buih champagne. Rajah 2 adalah komponen-komponen BrainPort.
Walaupun imej yang dilihat melalui BrainPort berbentuk hitam dan putih dan tidak sesempurna penglihatan manusia ia dapat membantu mereka yang tidak dapat melihat mengenalpasti persekitarannya.
Menurut Dr William Seiple daripada Vision Healthcare and Research Organisation Lighthouse International, si buta yang mencuba alat ini dapat belajar dengan pantas di mana mereka dapat mencari pintu rumah, menekan butang lif, mengambil pisau dan garpu, mengangkat cawan tanpa perlu mera-raba serta dapat meneka huruf dan nombor dengan tepat.
Mungkin di satu hari nanti alat ini akan menggantikan alat bantuan sokongan yang sedia ada tongkat ataupun anjing.
Alat ini masih lagi di peringkat percubaan dan dijangka jual pada hujung tahun 2009.
Walaupun alat ini memberikan kesan yang positif kepada mereka yang memerlukannya, harga yang dicadangkan mungkin terlalu tinggi iaitu $10,000 atau kira-kira RM33,500, sama seperti sebuah kereta keluaran Malaysia.

Tuesday, January 14, 2014

Salam. . .MauLiduR RasuL.....


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..RASUL ADALAH PEMIMPIN UMAT ISLAM YANG TIADA TOLAK TANDINGNYA..MARILAH KITA BERPEGANG PADA SUNNAH & AJARANNYA

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.





Tiada harapan selain ALLAH . . .
Tiada idola selain NABI . . .
Tiada kata seindah QUR'AN . . .
Tiada jalan seluruh SUNNAH . . .
Tiada perjuangan selain ISLAM . . .